Paolo Duterte
Paolo Duterte

Paolo Duterte

Paolo "Pulong" Zimmerman Duterte (lahir 24 Mac 1975) ialah seorang ahli politik Filipina yang menjadi ahli Dewan Perwakilan mewakili daerah I Bandar Davao. Beliau sebelum ini menjadi wakil Datuk Bandar Davao dari 2013 sehingga Disember 2017.[1]Duterte ialah anak sulung kepada bekas Datuk Bandar Davao dan Presiden Filipina kini, Rodrigo Duterte.[2] Adiknya Sara ialah penyandang Datuk Bandar Davao, sementara seorang lagi adiknya, Sebastian ialah wakil datuk bandar bandaraya itu.